Dawn Sturgess. foto Daily Mail

AMERBURY – Seorang wanita British meninggal dunia selepas terkena agen saraf yang sama oleh bekas perisik Rusia pada Mac lalu.

Dawn Sturgess, 44, terdedah dengan agen saraf Novichok pada 30 Jun lalu di barat England, beberapa batu daripada tempat Sergei Skripal dan anaknya, Yulia terkena senjata kimia itu pada empat bulan lalu.

Kematian wanita itu kini disiasat sebagai kes pembunuhan, kata polis dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, beliau terkejut dengan kematian Sturgess.

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat bagaimana Sturgess dan lelaki berusia 45 tahun, yang dinamakan oleh media sebagai Charlie Rowley, boleh terdedah dengan Novichok.

Lelaki itu dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Agen saraf itu telah dibangunkan oleh tentera Soviet semasa Perang Dingin.

Serangan agen saraf ke atas Skripals menyebabkan negara-negara Barat bertindak mengusir diplomat Rusia atas dakwaan Moscow bertanggungjawab atau kehilangan kawalan terhadap agen saraf.

Sebagai tindak balas, Moscow turut mengusir diplomat Barat.

Menteri Dalam Negeri Britain, Sajid Javid berkata, kematian wanita itu amat menyedihkan dan menguatkan tekad negara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast