Datuk Mohammad Faiz Azmi
Datuk Mohammad Faiz Azmi

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi sebagai Pengerusi Exco 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sebahagian daripada skop dan perkhidmatan yang disediakan oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC).

1MDB berkata, PwC kini membantu ahli lembaga entiti itu dan Exco untuk mendapatkan aset-aset dan menguruskan hutang-hutangnya.

Dalam kenyataan 26 Jun lalu, 1MDB mengumumkan pengerusi entiti itu, Datuk Asri Hamidon dan barisan Exco yang lain.

Selain Mohammad Faiz, barisan Exco 1MDB dianggotai oleh Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman. – MalaysiaGazetteFaiz

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast