Lam Thuang
Kawasan Gua Tham Luang dikawal tentera Thailand sepanjang operasi mengeluarkan mangsa terperangkap dijalankan. foto Agensi

BANGKOK – Para penyelam sudah bersedia untuk meneruskan operasi bagi mengeluarkan lima lagi mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di utara Thailand.

Kesihatan empat pelajar dan jurulatih mereka dilaporkan dalam keadaan baik dan sudah bersedia untuk dibawa keluar dalam misi yang berisiko tinggi.

Setakat semalam, seramai lapan orang pelajar telah dikeluarkan.

Kumpulan pemain bola sepak itu terperangkap dalam gua berkenaan selepas kawasan itu dinaiki air.

Mereka ditemui oleh para penyelam minggu lalu.

Lapan yang sudah diberi rawatan di hospital masih dikuarantin dan belum menemui ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Thailand memberitahu, mereka sudah diberi bubur bagi memulihkan sistem penghadaman selepas tidak makan selama 10 hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast