Thierry Henry pada sesi latihan Belgium yang akan menghadap Perancis pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Rusia.
Thierry Henry pada sesi latihan Belgium yang akan menghadap Perancis pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Rusia.

SAINT PETERSBURG – Bekas pemain antarabangsa Perancis, Thierry Henry, mendapati dirinya berada dalam suasana yang pelik pada kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia.

Memenangi Piala Dunia pada 1998 untuk negaranya, Henry kini merancang untuk menyingkirkan Les Blues daripada Piala Dunia apabila pasukan itu bertemu Belgium pada perlawanan separuh akhir di Saint Petersburg awal pagi ini.

Bersekongkol dengan Roberto Martinez sebagai staf jurulatih Belgium sejak 2016, bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu ‘tidak menang semua dan tidak kalah semua’ pada perlawanan menentang Belgium itu.

“Adalah pelik beliau menentang kami. Beliau adalah lagenda bola sepak Perancis. Beliau telah banyak menyumbang kepada pasukan Perancis dan kami sangat sangat menghormatinya terhadap apa yang telah beliau lakukan.

Sudah pasti saya saya bangga untuk menunjukkan ‘Titi’ bahawa beliau telah memilih kem yang salah,” kata pemain perancis, Olivier Giroud.

Selepas menghabiskan masa hampir sepanjang karieirnya dengan Arsenal serta bertapak di England, Henry yang berusia 40 tahun tidak begitu melibatkan diri dalam bola sepak Perancis walaupun merupakan pamain paling popular yang pernah Perancis lahirkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast