WASHINGTON – Starbucks akan menghapuskan penggunaan straw daripada semua rangkaiannya pada tahun 2020 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Penggunaan straw akan dilarang daripada 28,000 cawangan rangkaiannya, sekaligus menghapuskan penggunaan 1 bilion straw setiap tahun.

Berikutan itu, para pelanggan akan diberikan dengan cawan yang direka tanpa penggunaan straw atau straw bukan plastik.

Naib Presiden Starbucks, Collen Chapman, keputusan itu dibuat atas permintaan rakan niaga dan para pelanggannya.

“Tanpa penggunaan straw plastik adalah perkara baik yang kami boleh sumbangkan kepada alam sekitar,” katanya.

Pengumuman itu dibuat selepas cawangannya di Seattle, Washington menjadi rangkaian pertama Starbucks yang tidak lagi menggunakan straw dan peralatan makanan yang menggunakan plastik. – MalaysiaGazette