Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk hari keempat berturut-turut dengan indeks penanda aras ditutup menghampiri paras tinggi tiga minggu hari ini.

Ia didorong oleh sentimen positif serantau dan kenaikan kukuh dalam kaunter berkaitan indeks yang diterajui Maybank.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 14.8 mata lebih tinggi untuk ditutup pada 1,703.57 berbanding penutup semalam, 1,688.77, selepas bergerak antara 1,686.14 dan 1,704.34 sepanjang hari ini.

Peningkatan dalam saham Maybank itu melonjakkan indeks komposit sebanyak 7.015 mata.

Saham perbankan itu meningkat 36 sen untuk mengakhiri dagangan hari ini pada paras RM9.50 dengan 10.61 juta saham bertukar tangan.

Keseluruhan pasaran bulis dengan kaunter untung mengatasi rugi 598 berbanding 294, dengan 364 kaunter tidak berubah, 614 tidak didagangkan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.69 bilion unit bernilai RM2.51 bilion berbanding 2.08 bilion unit bernilai RM2.03 bilion yang dicatatkan semalam. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast