locate Jho Low Low Taek Jho fugitive businessman
Jho Low

KUALA LUMPUR – Low Taek Jho atau Jho Low individu yang paling dikehendaki berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercayai memiliki pasport antarabangsa lain bagi melarikan daripada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata Jho Low dipercayai memiliki pasport dari St Kitts and Nevis, menurut laporan BH Online.

“St Kitts and Nevis, itu pasport lain yang dimilikinya, kami percaya dia menggunakan pasport terbabit untuk memudahkan pergerakannya. Setakat itu yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditemui di Menara Ilham di sini, hari ini.

Mustafar berkata, beliau sendiri tidak pernah mendengar nama negara berkenaan.

“Saya cuba mencari maklumat mengenai tempat itu dan ia sebenarnya sebuah pulau mempunyai pemandangan yang cantik,” katanya.

St Kitts and Nevis ialah negara kecil di kepulauan Caribbean dan dikenali sebagai lokasi membeli pasport di mana dengan bayaran AS$250,000 (RM1 juta), warga asing boleh membeli kewarganegaraan tanpa perlu tinggal di negara berkenaan.

Semalam, polis mengesahkan Jho Low telah meninggal Macau.

SCMP pula mendakwa ahli perniagaan yang sedang dicari oleh beberapa negara itu mungkin melarikan diri ke Tanah Besar China, namun telah dinafikan oleh sumber negara tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast