MUMBAI- Pihak polis India semalam mencari lima lelaki yang didakwa merogol dan membakar seorang wanita berusia 35 tahun pada hari Sabtu lalu.

Menerusi Ketua Polis Daerah Rajpura, Varun Kumar yang mengambil kes tersebut berkata, kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa kira- kira pukul 2.30 pagi di Uttar Pradesh.

Mangsa dikatakan dibakar serta dicampak ke kuil berdekatan rumah mangsa selepas dirogol sekumpulan lelaki, kata Varun Kumar dalam satu kenyataan.

Lebih daripada 100 kes rogol difailkan setiap hari di balai polis India.

Sebelum itu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dirogol oleh seorang penjaga pantai di sebuah sekolah di Noida, New Delhi, Jumaat lepas.

Menurut statistik, jenayah menunjukkan bilangan kes rogol dilaporkan di India telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak tahun 2012 di mana 40,000 kes dilaporkan pada tahun 2016 sahaja.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast