Puluhan ribu orang ramai telah menyertai upacara pengebumian mereka yang terkorban semalam.

BANGLADESH- Lima pelajar mati akibat lemas semasa mandi dalam Sungai Matamuhuri yang terletak di tenggara Bangladesh, kata pihak polis.

Mayat mangsa ditemui pada malam Sabtu lalu selepas enam jam mereka dikenalpasti hilang.

Lima daripada sekumpulan enam remaja di daerah Cox’s Bazar di selatan negara itu disahkan maut akibat lemas selepas mereka menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara penyokong Argentina dan Brazil.

Ketua polis tempatan, Bakhtiar Uddin Chowdhury mengatakan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada 22 budak lelaki yang menyertai perlawanan tersebut.

“Oleh sebab, aliran sungai yang sangat kuat dan mendalam kami hanya dapat menyelamatkan seorang mangsa dan sebaliknya lima mangsa termasuk dua adik- beradik dipercayai meninggal dunia,” kata Chowdhury.

Menerusi kenyataan Chowdhury, puluhan ribu orang ramai telah menyertai upacara pengebumian mereka yang terkorban semalam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast