PHUKET – Pihak berkuasa pelancongan Phuket bimbang susulan pembatalan besar-besaran tempahan hotel oleh pelancong China ekoran kemalangan bot di pulau itu baru-baru ini.

Setakat ini, 7,300 bilik yang ditempah untuk bulan Julai dan Ogos telah dibatalkan.

Pemain-pemain industri berkata, jumlah itu dijangka meningkat kerana masih banyak hotel sedang mengemas kini status tempahan.

Sejumlah 3 juta pelancong China melawat Phuket manakala purata 10 juta pelancong negara it melawat Thailand setiap tahun.

Kongsak Kupongsakorn, Presiden Persatuan Hotel berkata, 19 hotel telah melaporkan pembatalan tempahan manakala 160 hotel lagi masih belum membuat laporan terkini.

“Negatif impak dalam insiden 5 Julai yang menyebabkan lebih 40 orang terbunuh itu telah tersebar dan jauh lebih serius daripada jangkaan awal,” katanya.

Sementara, Persatuan Perniagaan Pelancongan Laut Andaman pula berkata, kemalangan bot itu telah menyebabkan sektor pelancongan di situ kerugian sebanyak Bt42 bilion termasuk pendapatan berkaitan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Dalam insiden itu kira-kira 48 orang maut selepas boat yang dinaiki tenggelam selepas dihempas ombak setingga lima meter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast