panas
Suhu tinggi menghalang pemulihan kawasan yang dilanda banjir di mana lebih daripada 200 orang terkorban minggu lepas.

TOKYO- Kadar kematian akibat strok haba semakin meningkat di Jepun dan kini telah mencecah seramai 14 mangsa akibat cuaca panas itu.

Antara mangsa yang terkorban termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 90-an dan ribuan mangsa lain yang masih dirawat di hospital tempatan, lapor media tempatan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, suhu di Jepun kini melebihi 39 darjah Selsius.

Sementara itu, proses pemulihan kawasan yang dilanda banjir kilat juga terhalang akibat cuaca panas terik.

Pada Isnin lepas, Gifu mencatatkan rekod negara terpanas iaitu 39.3 darjah Selsius manakala suhu Tokyo pula mencecah 34 darjah Selsius.- Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast