Bahan-bahan utama nuklear milik DOE hilang semasa pegawainya memakirkan kereta di Hotel Marroit di San Antonio. foto BBC

WASHINGTON – Bahan-bahan nuklear yang didakwa dicuri daripada kakitangan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE) pada tahun lalu di Texas masih belum ditemui.

Pusat Integriti Awam (CPI) melaporkan plutonium dan cesium itu dicuri dari kereta pegawai DOE ketika mereka bermalam di sebuah hotel.

Pihak berkuasa tidak mengulas secara umum mengenai kecurian tersebut, tetapi pegawai DOE mengesahkannya kepada BBC.

Pegawai DOE itu berkata, kecurian itu tidak mengundang risiko kepada orang awam.
.
Kecurian itu berlaku selepas pegawai-pegawai keselamatan daripada Makmal Nasional Idaho memandu ke San Antonio pada Mac tahun lalu untuk memungut bahan-bahan nuklear dari makmal penyelidikan.

Mereka mempunyai pengesan radiasi cakera plutonium dan cesium untuk menentukan peranti bagi memastikan mereka mengumpul bahan yang betul dari makmal.

Plutonium adalah salah satu bahan yang paling berbahaya untuk pembuatan bom atom yang membunuh 70,000 orang di Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.

Cesium radioaktif juga boleh digunakan dalam bom radio aktif.

Bahan-bahan itu telah ditinggalkan di dalam sebuah kereta yang disewakan semasa mereka berhenti di hotel.

Pada keesokan harinya, mereka mendapati kereta tersebut telah dipecahkan dan alat peranti serta disk berkenaan telah hilang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast