Kemalangan perlombongan sentiasa berlaku kerana kurang dibiayai dan pergunaan peralatan lama menurut Bekas Kesatuan Soviet.

TKIBULI – Empat pelombong maut dan enam lagi cedera dalam kejadian sebuah lombong arang batu runtuh di barat Georgia, Tbilisi semalam.

Kejadian itu berlaku di lombong Mindeli di Tkibuli yang terletak kira-kira 200 kilometer dari barat ibu negara, Tbilisi.

Punca kejadian disyaki letupan metana yang tercetus akibat tekanan haba yang terlalu tinggi, menurut sumber kerajaannya.

Pihak berkuasa di negara itu kemudiannya membuat keputusan untuk menutup lombong tersebut selepas siasatan pakar antarabangsa.

Lombong tersebut dikendalikan oleh syarikat Georgia, Sakhnakhshiri.

Pada tahun 2011, kejadian yang sama telah meragut sebanyak 16 nyawa manakala enam lagi disahkan maut bersama tiga orang mengalami cedera parah dalam bulan April tahun ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast