Dr Denis Furtado dan Lilian Calixto

BRASILIA – Polis sedang mengesan seorang pakar bedah plastik dikenali Dr Bumbum yang dipercayai melarikan diri selepas seorang wanita mati ketika menjalani prosedur membesarkan punggung.

Calixto, 46, seorang pengurus bank yang mempunyai dua orang anak merupakan datang dari Cuiaba untuk menjalani pembesaran punggung pada petang Sabtu lalu.

Mangsa meninggalkan dunia pada pagi Ahad dan punca kematian masih belum disahkan.

Pegawai penyiasat berkata, Dr Denis Furtado melakukan prosedur berkenaan ke atas Lilian Calixto di rumahnya di Rio de Janeiro.

Mangsa dikatakan sakit semasa prosedur berlangsung dan dibawa ke hospital tetapi keadaannya semakin teruk sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Doktor selebriti itu dikatakan telah menghilangkan diri dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Bagaimanapun, teman wanita Dr Furtado yang turut sama dalam melakukan prosedur itu telah ditahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast