KUALA LUMPUR – Selepas ditegur KJ akhirnya Datuk Mohd Razlan Rafii memohon maaf atas kenyataannya terhadap mendiang Ng Tien Chee.

Selepas memadamkan tweetnya itu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong berkenaan.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang, semoga tenang di sana,” ucap Razlan.

Sebelum itu, KJ atau Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau menyelar kenyataan Razlan terhadap mendiang dan mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegurnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast