NEW SOUTH WALES – Tiga kanak-kanak di Australia jatuh sakit selepas menggunakan celak mata (eyeliner) jenama Hashmi yang tercemar dengan plumbum.

Alat kosmetik itu adalah buatan Pakistan.

Susulan kejadian itu, amaran kesihatan telah dikeluarkan terhadap produk berkenaan.

Kosmetik Kohl itu didapati mengandungi 84 peratus plumbum serta logam berat yang lain.

Produk itu diimport secara sah tetapi kandungannya berbahaya, menurut menteri New South Wales.

Para doktor telah melahirkan kebimbangan selepas mendapati kandungan plumbum dalam darah kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, beberapa negara telah mengeluarkan amaran tentang celak mata jenama itu.

Alat solek itu juga telah diharamkan di Amerika Syarikat.

Syarikat itu didapati telah melanggar standard mandatori kesihatan dan boleh dikenakan penalti sebanyak AS$1.1 juta. – MalaysiaGazette