Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bertemu Tommy bagi membincang had umur pengundi.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bertemu Tommy bagi membincang had umur pengundi.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengadakan perjumpaan dengan Tommy Thomas bagi membincangkan untk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, ia sebagai usaha memperkasa anak muda untuk mempunyai hak mengundi pada usia muda.

“Bersama Peguam negara berbincang tentang pindaan undnag-undang untuk memperkasa anak muda dengan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.

“Indonesia, Thailand, United Kingdom, Filipina dan lain lain semua dah buat,” katanya dalam akaun twitter beliau.

Beliau yang mengadakan pertemuan itu di Jabatan Peguan Negara, Putrajaya menjelaskan, tindakan segelintir rakyat Malaysia yang memperlekeh anak muda adalah tidak betul.

“Di Malaysia ada segelintir yang memperlekeh mereka. They’re Wrong (mereka salah)” kata beliau denga hashtag #YouthPower. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast