Mohd Isa Samad

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights dekat sini telah dipecah masuk kira-kira pukul 4.55 pagi tadi, mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,900.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata ketika kejadian terdapat tiga dewasa dan empat kanak-kanak di dalam rumah tersebut, di mana dua daripada tiga mangsa dewasa telah diikat manakala kanak-kanak yang sedang tidur tidak diusik.

“Kedua-dua mangsa telah dikumpulkan di ruang tamu rumah dan telah diikat menggunakan wayar telefon serta ditutup dengan selimut.

“Suspek disyaki tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan parang dan pisau serta memakai topeng. Kami percaya mereka memasuki kediaman dua tingkat itu melalui tingkap gelongsor di belakang rumah,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Noor Azam berkata ketika kejadian seorang pengawal keselamatan yang menjaga rumah tersebut sedang tidur manakala kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast