Calon Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2018
Calon Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2018
SHAH ALAM – Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah membuktikan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Ia sekaligus menangkis dakwaan kaum itu diabaikan selepas Barisan Nasional (BN) hilang kuasa sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Calon PH daripada PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menegaskan, dakwaan parti lawan kononnya kerajaan sekarang tidak lagi membela orang Melayu sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis itu tidak berasas.
Ini kerana kerana daripada 43 program IPR majoriti manfaatnya dinikmati masyarakat berketurunan Melayu sama ada dalam keusahawanan mahupun keperluan kediaman.
“Rekod sepanjang 10 tahun kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan kini PH membuktikan pelbagai program telah dilaksanakan untuk menjaga kepentingan rakyat khususnya kaum Melayu termasuk yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
“Daripada 46,000 usahawan yang menerima bantuan Hijrah dalam program pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 95 peratus daripadanya adalah usahawan Bumiputera.
“Tohmahan tidak berasas oleh parti lawan tidak mungkin dapat memadam iltizam kerajaan negeri untuk terus membantu rakyat terutamana orang Melayu di DUN Sungai Kandis,”katanya pada sidang media harian di Bilik Gerakan PKR N49 di Taman Perindustrian BukIt Kemuning, di sini, hari ini.
Mohd Zawawi juga menegaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam diingatkan tidak menjadi hero untuk membela nasib Melayu khususnya di Selangor kerana banyak janji telah ditepati sejak 2008.
“Adalah jelas pengundi Melayu telah menolak UMNO kerana muak dengan tindak-tanduk pemimpin mereka selama ini.
“Penolakan ini dapat dilihat dalam PRU12 pada 2008 apabila UMNO hanya mendapat 18 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
“Keadaan semakin parah apabila PRU13 pada 2013 UMNO sekali lagi ditolak dengan mendapat 12 kerusi sahaja dan terbaru PRU14 UMNO semakin kritikal apabila cuma mendapat empat kerusi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette