Mark Zukerberg. foto Bloomberg

CALIFORNIA – Kekayaan Mark Zuckerberg merosot lebih daripada AS$15 bilion selepas saham Facebook Inc mengalami penyusutan terbesar dalam pasaran Amerika Syarikat.

Kerugian yang dialami oleh pengasas Facebook itu secara kasar bersamaan dengan kekayaan individu ke-81 terkaya di dunia, Takemitsu Takizaki, seorang ahli perniagaan Jepun.

Kejatuhan itu selepas Facebook mengunjurkan margin keuntungan syarikat itu merosot pada tahun-tahun akan datang.

Saham Facebook ditutup susut hampir 19 peratus kepada AS$176.22, kerugian lebih daripada AS$120 bilion daripada nilai syarikat atau hampir empat kali daripada modal pasaran Twitter Inc.

Margin Facebook jatuh sebanyak 44 peratus pada suku kedua berbanding 47 peratus setahun lalu kerana mengeluarkan perbelanjaan besar bagi keselamatan dan inisiatif-insiatif melindungi privasi pengguna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast