KUALA LUMPUR – Penduduk dunia termasuk di negara ini menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula awal pagi ini.

Bermula  pukul jam 1. 14 pagi hingga jam 7:28 pagi tadi, ia dapat dilihat di seluruh tempat di Malaysia, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penuh iaitu bulan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan gerhana bulan penuh yang paling lama pada abad ke-21.

Dalam waktu yang sama, umat Islam di beberapa kawasan turut menunaikan solat sunat gerhana termasuk di Masjid Wilayah Persekutuan. – MalaysiaGazette