Pada 2016, Korea Selatan mula mewajibkan syarikat tembakau meletakkan gambar amaran pada kedua-dua belah atas kotak rokok dengan imejnya ditukar setiap 24 bulan
Pada 2016, Korea Selatan mula mewajibkan syarikat tembakau meletakkan gambar amaran pada kedua-dua belah atas kotak rokok dengan imejnya ditukar setiap 24 bulan.

SEOUL – Korea Selatan merancang membesarkan saiz gambar amaran pada kotak rokok dalam usaha mengurangkan masyarakat darpada merokok, kata para pegawai.

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan berkata, ia merancang mengumumkan langkah itu pada September atau Oktober ini dengan membesarkan imej amaran itu yang kini memenuhi 50 peratus ruang luar kotak kepada 70 peratus.

Pada 2016, Korea Selatan mula mewajibkan syarikat tembakau meletakkan gambar amaran pada kedua-dua belah atas kotak rokok dengan imejnya ditukar setiap 24 bulan sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan kesedaran kesan sampingan merokok.

Kementerian itu berkata, ia juga merancang meluaskan zon larangan merokok. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast