Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika hadir bagi Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 03 JULAI 2018.

SEPERTI yang kita ketahui dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuka pintu seluas-luasnya kepada tiga buah parti lain untuk bergabung dengannya dan membentuk Pakatan Harapan.

Parti-parti tersebut merupakan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Jelas dapat kita lihat juga parti-parti yang bergabung di bawah bumbung Pakatan Harapan mempunyai ideologi dan dasar yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Jadi tidak hairanlah selepas berada di blok kerajaan yang baharu iaitu kurang dari 100 hari pemerintahannya, bibit-bibit perbalahan sudah kelihatan antara satu sama lain.

Nampaknya kurang dari 100 hari masing-masing sudah mula memperlihatkan
taring dan belang yang mereka simpan selama ini. Baik parti PKR, PAN, PPBM, mahu pun DAP.

Terbaru, tiada angin tiada ribut dua wakil DAP iaitu Wong Kah Woh dan Ong
Boon Piow dengan lantangnya mengkritik tindakan Dr Mazlee Malik, Menteri
Pendidikan.

Pertamanya, perkara ini terjadi berkemungkinan ekoran ketidakpuashatian
anggota Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh terhadap tindakkan Mazlee
tidak memberikan peruntukan kewangan kepada sekolah Menengah
Persendirian Cina (SMPC).

Kedua, apabila Ong Boon Piow dengan jelas menegaskan pendiriannya mengkritik Mazlee kerana lebih mementingkan desakan ibu bapa tertentu untuk menukar kasut sekolah berbanding dengan isu lebih berat iaitu berkenaan kebajikan sekolah Cina.

Kedua-dua perkara ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti-parti
dalam Pakatan Harapan tidak mampu bekerjasama.

Apatah lagi untuk mencapai kata sepakat dan keputusan penting demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Yang menjadi semakin serius apabila perkara ini terus berlarutan sehingga bertidak secara drastik dengan menggesa Tun Dr Mahathir Mahathir untuk menilai kelayakan Mazlee sebagai Menteri Pendidikan.

Ini jelas memperlihatkan ketidakyakinan ahli DAP terhadap keputusan Mazlee sebagai
Menteri Pendidikan.

Percanggahan pendapat bukan suatu perkara yang boleh dibuat main.

Jika perkara sekecil ini terus-terusan berlaku bagaimana mahu menyelesaikan
masalah yang lebih besar pada masa akan datang?

Jadi tidak hairanlah janji 100 hari mereka pun masih tergendala sehingga ke
hari ini dengan alasan yang berulang kali di ulang iaitu ‘masih dalam kajian’.

Tapi hakikat sebenarnya yang berlaku adalah faktor ketidaksaling fahaman
antara parti yang menjadi punca utama tidak dapat mencapai kata putus
bersama.

Apa yang lebih penting, seluruh rakyat akan terus memerhati dari semasa ke semasa tindak tanduk kerajaan baharu.

Sama ada akan memberi keselesaan kepada rakyat atau sebaliknya.

Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast