Foto Instagram Ashraf Muslim.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ashraf Muslim berkongsi khabar gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 37, berkata, usia kandungan isterinya kini mencecah tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak pada September ini.

“Alhamdulillah, kandungan Sakinah berada di dalam keadaan yang baik dan sihat,” tulisnya.

Namun pelakon tinggi lampai ini mahu merahsiakannya daripada pengetahuan umum dahulu

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast