Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JULAI 2018.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat Dewan Negara diberi peringatan agar tidak sesekali mempergunakan agenda serta kepentingan politik untuk menyabotaj pelaksanaan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan kebimbangan seandainya pelaksanaan SST tertunda selepas tidak mendapat kelulusan d Dewan Negara yang masih dikuasai oleh Ahli Dewan Negara dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

“SST ini perlu dilaksanakan seperti yang dijadualkan, jika tidak ianya akan memberi impak besar kepada kedudukan kewangan negara.

Saya rasa ia tidak wajar kerana kutipan SST akan memberi impak kepada keadaan fiskal kewangan negara.

“Dewan Negara masih lagi dikusai oleh barisan senator BN, kita harap mandat yang telah diberikan oleh rakyat akan dihormati dan tidak akan ada unsur sabotaj,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat petang tadi.

Ketika ini, daripada kesemua 51 orang senator hanya sembilan dari parti komponen PH berbanding 28 daripada wakil BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast