Pesawat yang membawa 97 penumpang dan anak kapal terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalupe Victoria dekat Mexico. foto BBC

MEXICO CITY – Sebuah pesawat terhempas di negeri Mexico sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalupe Victoria dekat Mexico.

Tiada kematian dilaporkan kecuali 85 orang penumpang dilaporkan cedera.

Semasa kejadian pesawat Aeroméxico AM2431 yang dalam penerbangan ke Mexico City itu membawa 97 penumpang dan empat anak kapal.

Ia terhempas 10 kilometer daripada lapangan terbang berkenaan.

Pengendali lapangan terbang, Grupo Aeroportuario Centro Norte berkata, nahas itu mungkin berpunca daripada cuaca buruk.

Pesawat itu dikatakan cuba untuk terbang ketika ribut sebelum terpaksa membuat pendaratan kecemasan.

Saksi-saksi memeberitahu terdengar bunyi letupan sebelum pesawat terhempas sekitar pukul 4 petang waktu setempat (21:00 GMT).

Lapangan terbang berkenaan ditutup selepas nahas tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast