Gambar hiasan

COPENHAGEN – Seorang wanita menjadi individu pertama yang didakwa di Denmark kerana memakai niqab selepas undang-undang itu dikuatkuasakan pada Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan, wanita berusia 28 tahun itu didenda selepas dikecam  daripada seorang wanita lain yang cuba membuka niqabnya.

Polis telah memanggil kedua-dua wanita berkenaan dan wanita terbabit telah dimaklumkan akan didenda jika enggan membuka niqabnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Horsholm, 25 kilometer dari utara Copenhagen.

Undang-undang baru Denmark itu telah menimbulkan bantahan dan kritikan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.

Peraturan itu diperkenalkan selepas ia diluluskan Parlimen Denmark awal tahun ini.

Undang-undang itu tidak menyebut secara khusus tentang larangan pemakaian burqa atau niqab tetapi memberitahu ‘sesiapa yang memakai pakaian yang menyembunyikan mukanya daripada pandangaan awam akan dikenaakan denda’.

Penguatkuasaan undang-undang berkenaan menyebabkan berlaku bantahan besar-besaran oleh wanita-wanita yang memakai burqa dan niqab.

Kedua-dua wanita itu didakwa dengan melanggar keamanan dan seorang lagi kerana menutup muka.

Wanita yang menutup muka didenda 1,000 kroner denda (AS$155) selepas menolak arahan polis supaya membuka niqab.

Human Rights Watch menyifatkan penguatkuasaan undang-undang itu sebagai diskriminasi dan ia merupakan trend berbahaya.

Pengharaman pemakaian niqab telah dikuatkuasaakan di Perancis, Austria, Bulgaria dan Bavaria, sebuah negeri di Jerman. – MalaysiaGazette