Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mustahil bagi perdana menteri sebelumnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu akan transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwanya dalam wawancara baru-baru ini.
Dr Mahathir Mohamad

LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan had belian barangan bercukai untuk pelancong dari tanah besar yang membeli-belah di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, berkata langkah itu bagi menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu, sekali gus meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

“Saya belum dapat kelulusan daripada rakan-rakan saya dalam kerajaan berkenaan banyak mana penduduk dari tanah besar boleh beli di Langkawi dan bawa ke tanah besar.”

“Tapi walaupun belum dapat kelulusan saya nak juga isytihar di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong dari tanah besar yang beli-belah di Langkawi ini, mereka tak payah bayar cukai (jika berbelanja sehingga) RM1,000, bukan RM500 (sebelum ini),” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata had itu tidak termasuk untuk barangan seperti arak dan rokok yang membahayakan kesihatan. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast