Saat Azzam dan Fatin (Kakak) yang lumpuh, diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat. Foto Facebook Shukur Yusuf Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/04/pengantin-kurang-24-jam/#dpVBOGcpUAqEcZFW.99

KUALA LUMPUR – Kisah pasangan pengantin baharu yang bergelar suami isteri hanya dalam tempoh kurang 24 jam selepas diijabkabul menyentuh hati netizen di laman sosial sejak semalam.

Mereka bernikah pada pagi lalu namun saat gembira itu tidak bertahan lama apabila petangnya, pengantin perempuan yang lebih mesra dipanggil ‘Kakak”  dimasukkan ke hospital kerana kanser sarcoma atau kanser tisu.

Menerusi coretan abang pengantin perempuan, Shukur Yusuf di halaman Facebooknya semalam, dia memberitahu adiknya yang berusia 24 tahun itu menghidap kanser pada tahap empat.

Walaupun selepas dua pembedahan dan menjalani sesi radioterapi sejak tahun lalu, namun kanser yang dihidapi pemilik nama sebenarnya Fatin Nursyahirah merebak ke kawasan lain, menunjukkan tanda-tanda adiknya tidak akan hidup lama.

“Ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini,” tulisnya hingga ada netizen yang menangis ketika membacanya.

pix tu
Azzam dan Fatin semasa bertunang pada Jun lalu.

Shukur memberitahu, selepas solat Jumaat lalu, Kakak terus dimasukkan ke hospital.

“Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Di samping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.

“Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan saat itu tiba juga. Kakak pergi meninggalkan kami pada Subuh (Sabtu) 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, suaminya, Mak Besah serta saya,” tulisnya.

Menerusi coretan itu lagi,  Shukur juga berterima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan adik iparnya, Azzam sekeluarga kepada Allahyarham.

“Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Azzam dan keluarganya. Semoga Kakak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Shukur sekeluarga mengucapkan kesyukuran kerana permintaan terakhir adiknya untuk bergelar seorang isteri dipenuhi meskipun hanya dalam tempoh singkat. – MalaysiaGazette