SINGAPURA – Harga minyak mentah naik pada hari Isnin berikutan penurunan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi pada bulan Julai dan penggerudian syal Amerika Syarkat tidak berubah.

Pasaran juga menjangkakan pengumuman Washington berhubung sekatan terhadap Iran pada hari Isnin.

Harga minyak mentah Brent didagangkan pada AS$73.26 setong naik AS$0.05 sen berbanding harga penutup.

Manakala minyak West Texas Intermediate menokok AS$0.12 kepada AS$68.61 setong.

Banyak penggerudi minyak syal Amerika Syarikat mencatatkan keputusan suku tahunan yang mengecewakan dalam beberapa minggu kebelakangan,  akibat peningkatan kos operasi, kerugian lindung nilai dan kejatuhan harga minyak mentah dari paras tertinggi 2018 yang dicapai antara bulan Mei dan Julai.

Di luar Amerika Syarikat, pengeksport minyak mentah Arab Saudi merekodkan pengeluaran sekitar 10.29 juta tong sehari minyak mentah pada bulan Julai, menurut sumber OPEC pada hari Jumaat, turun kira-kira 200,000 tong sehari berbanding bulan sebelumnya.

Jumlah itu susut walaupun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berikrar untuk meningkatkan pengeluaran dari bulan Julai.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Rusia, Amerika Syarikat dan Arab Saudi menghasilkan 10 hingga 11 juta tong minyak mentah sehari bagi memenuhi sekitar satu pertiga daripada permintaan minyak dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast