Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pembangkang tidak mempunyai senarai Kabinet bayangan.
Sebaliknya, katanya ia hanyalah senarai portfolio tertentu yang telah diputuskan oleh UMNO dan Pas.
“Kita tidak mempunyai barisan Kabinet bayangan tapi kita telah menyusun senarai dari pembangkang yang mewakili UMNO dan Pas terutamanya untuk diberikan tanggungjawab memfokuskan portfolio tertentu.
“Ini telah kami berikan kepada semua ahli Parlimen dan tentunya sebagaimana yang kita lihat perbahasan-perbahasan menjurus kepada bidang masing-masing,” katanya di lobi Parlimen hari ini.