SINGAPURA – Harga minyak kekal stabil dalam dagangan hari ini disokong oleh kenaikan inventori minyak mentah dan sekatan terhadap Iran.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) didagangkan kepada AS$69.21 setong.

Brent pula diniagakan sebanyak AS$74.63 setong, susut AS$0.02 selepas untung AS$0.90 daripada sesi sebelumnya.

“Harga minyak mentah naik secara realitinya disebabkan oleh sekatan terhadap Iran. Berita daripada pembeli-pembeli utama mencadangkan pasaran sudah pun menyelaraskan regim baru,” kata ANZ.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan baru terhadap Iran sejak hari Selasa, mensasarkan pembelian dolar Amerika Syarikat, minyak, keluli, arang batu, perisian industri dan sektor automotif.

November nanti, Washington mensasarkan sektor petroleum Iran pula.

Iran adalah pengeksport minyak mentah, menghantar hampir 3 juta tong sehari pada bulan September, bersamaan tiga peratus bagi permintaan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast