KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita beberapa lagi aset bernilai tinggi yang dipercayai hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14.

WhatsApp Image 2018-08-09 at 7.34.49 PM
Sebuah Volkswagen Golf GTI yang disita SPRM

Menurut sumber, sehingga kini jumlah aset yang disita SPRM ialah wang tunai berjumlah RM978,800, lima buah kereta , 11 buah motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Lima buah kereta terbabit ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza.

WhatsApp Image 2018-08-09 at 7.34.33 PMManakala sebanyak 11 motosikal pula terdiri daripada lima buah berjenama Yamaha dan selebihnya jenama Honda.

Jelas sumber tersebut, kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata, pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast