KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar kerajaan persekutuan menghentikan aktiviti pembalakan serta merta.
Katanya, pelaksanaan itu dilihat menjadi keperluan oleh kerajaan demi menjaga alam semula jadi.
“Sudah sampai masanya Malaysia menghentikan pembalakan serta merta, Sarawak hentikan balak serta merta dan dia menang pilihan raya negeri.
“Kemudian ada beberapa negeri berbuat demikian rupa, tapi kita kena lihat seluruh negara,” ujarnya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Shahidan (Arau-BN), sepatutnya menjadi keutamaan untuk kerajaan menghentikan aktiviti itu tidak kira sama ada oia dilakukan secara haram atau tidak.
“Sesetengah negeri telah digondol dengan hebatnya iaitu melalui pembalakan halal, pembalakan haram dan juga penerokaan pembakaran hutan,” tambah beliau.
Pada 18 Julai lalu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan neberi itu akan menghentikan pengeluaran lesen pembalakan baharu dalam usaha mengawal penerokaan hutan. – MalaysiaGazette