Gambar hiasan

ALOR SETAR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari Barisan Nasional (BN) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur lingkungan 60-an itu diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

Terdahulu suspek tiba di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar pukul 10.07 pagi dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut kelihatan isteri dan anaknya serta kira-kira 20 penyokong bekas Adun itu.

Malam tadi media melaporkan bekas Adun itu ditahan SPRM negeri ini selepas hadir memberi  keterangan berhubung kes itu di Pejabat SPRM Kedah kira-kira 4.00 petang semalam.

Sumber SPRM dipetik sebagai berkata suspek disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari tahun lepas dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan, wang dana itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast