SEPANYOL – Pemandu pasukan Formula 1 McLaren Fernando Alonso akan bersara dari dunia F1 pada akhir musim ini.

Walaupun dia di anggap antara pelumba terhebat F1, juara dunia berusia 37 tahun itu tidak pernah naik podium dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

Malah, Alonso juga gagal mempertahankan kejuaraan dunia sejak sedekad lalu.

Juara dunia F1 dua kali itu bercadang untuk beralih kepada Indy Car Series secara sepenuh masa.

Alonso muncul juara dunia F1 pada tahun 2005 dan 2006 semasa bersama Renault.

“Selepas 17 tahun dalam F1, tiba masanya untuk saya bergerak ke arah perubahan dalam hidup,” katanya secara ringkas semalam.

Minggu lalu, Red Bull menafikan dakwaan menandatangani Alonso sebagai pengganti pemandu Renault Daniel Ricciardo.

Menurut Alonso keputusan bersara dari perlumbaan dibuat beberapa bulan lalu dan tetap.

Bos McLaren Zak Brown berkata, setiap orang berpeluang berubah mengikut peredaran masa dan ia telah tiba untuk Alonso.

“Kami menghormati keputusan dia (Alonso),” katanya tanpa menjelaskan pengganti Alonso pada tahun 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast