Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto. Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang UMNO-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu. - Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, barisan kepimpinan Barisan Nasional – UMNO mesti berada di hadapan kelok perubahan dan bukannnya menjual naratif yang hakikatnya langsung tidak dipedulikan oleh rakyat.

Katanya, apa yang penting sekarang ini BN-UMNO perlu hala tuju baharu dan memikirkan agenda seterusnya kerana rakyat sendiri tidak kisah tentang janji 100 hari atau janji-janji lain dalam manifesto Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya di laman Twitter.

Menurut Khairy, beliau ditanya oleh media berkenaan 100 hari kerajaan PH.

“Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto. Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang UMNO-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” katanya.

Beliau berkata, semata-mata menggerakkan perjuangan untuk menuntut janji adalah tidak mencukupi kerana pada pandangan beliau rakyat tidak kisah pun tentang manifesto.

“Atau mereka kata “lebih baik dari kamu dulu.” Dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.” Jadi, kita kena cari naratif baharu & hujah baharu,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast