Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang kewujudan golongan yang disifatkan sebagai 'super liberal' di negara ini, yang lantang menyuarakan pandangan dan mendesak ia dipenuhi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tindakan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konspirasi peralihan kuasa negara.

Ketua Umum Parti Keadilan Nasional (PKR) itu berkata, Abdullah Sani telah mengambil pertimbangan sewajarnya berhubung isu tersebut.

Beliau mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh ahli Parlimen Kapar yang sebelum ini menuduh Dr Mahathir menghalang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Abdullah Sani yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKR turut mendakwa Tun Daim Zainuddin turut terlibat dalam menggagalkan Anwar untuk menjadi orang nombor satu negara.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menafikan dakwaan Abdullah Sani itu dan mahu dakwaan tersebut dibuktikan.

Manakala Daim pula berkata, Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas ini kerana ia adalah keputusan yang telah dicapai oleh Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette