Saintis di Belgium gunakan najis sebagai penawar penyakit usus dan saraf.

BRUSSELS – Sebuah universiti terkemuka Belgium membuat permintaan ‘pelik’ dengan memohon orang ramai untuk mendermakan ‘najis’ mereka untuk tujuan penyelidikan berkaitan usus serta saraf.

Reuters melaporkan, para saintis di Universiti Ghent sedang melakukan kajian berhubung pelbagai penyakit kronik dengan melakukan pemindahan microbiota melalui najis ke atas mangsa yang menderita penyakit-penyakit berkaitan usus dan saraf.

Para penyelidik merancang untuk mengeluarkan mirkobiota baik yang tinggal dalam usus besar daripada penderma yang kemudiannya akan dipindahkan kepada pesakit.

Menurut pakar Universiti Ghent, Hannelore Hamerlinck, walaupun penyelidikan ini baik dan membawa kepada kebaikan dalam memerangi penyakit koronik berkaitan usus namun cara kajian bukan senang seperti yang disangka.

“Untuk mencari penderma yang boleh meyumbangkan ‘najis’ mereka bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Ini bukan kerja mudah.

“Orang awam selalunya tidak begitu teruja atau gembira untuk melakukan sedemikian, malah sangat sukar untuk bincangkan topik ini dengan begitu terbuka.

“Ketika ini kita mulakan kempen kesedaran terlebih dahulu, kita gunakan saluran seperti media massa untuk membantu kita,” katanya kepada akhbar Flanders.

Jelas Hamerlinck, kajian terhadap najis sebenarnya akan membantu dalam menemui pelbagai ‘penawar’ penyakit pada masa hadapan.

“Ramai tidak tahu, najis adalah aset perubatan bagi mencari penawar penyakit. Sejak sedekad lepas, beberapa kajian telah dijalankan sebelum ini yang terbukti membuktikan kenyataan ini.

“Antara yang kita sedang lihat termasuk penyakit kronik maut termasuk barah, autisme, kemurungan,alahan dan Parkinson.

“Mikrob berada pada pusat sistem dan bakteria dalam perut mengeluarkan hormon yang memberi kesan kepada otak, tetapi kajian berterusan perlu dijalankan,” tegasnya.

Tambah beliau, orang ramai perlu tampil bagi membantu mereka terutamanya kepada sesiapa yang sudah mempunyai pesakit dalam kalangan mereka. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast