Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang enggan orang asing membeli projek Forest City di Johor dalam mesyuarat yang bakal diadakan.

Menterinya, , Zuraida Kamaruddin memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pemaju projek itu untuk menilai hartanah di kawasan itu.

“Saya telah dapat arahan untuk mempengerusikan satu mesyuarat untuk melihatkan perkara ini. Maksudnya, apa kenyataannya itu kita perhalusi dan kita berbincang dengan pihak terlibat termasuk pemaju untuk melihat penyelesaian terbaik.

“”Kita akan mengadakan pertemuan dengan mereka (pemaju) dan meneliti perjanjian itu dan syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita.

Baru-baru ini Tun Mahathir memaklumkan jual beli hartanah itu dihentikan serta merta.

“Yes (hentikan jualan) sebab itu saya kena mesyuarat dulu untuk lihat situasinya sekarang bagaimana. Kemudian kita akan berikan laporan kepada Tun M dan Tun M akan lihat kembali tindakanyang akan diambil mengikut landasan pada masa akan datang,” jelas Zuraida.

Menurut beliau, hartanah tersebut sudah mempunyai pembeli namun tidak menggunakan sistem dalam negara.

“Saya difahamkan dah ada orang beli. Cuma mekanismenya sekarang dia jual di China bukan melalui Malaysia, jadi di antara perkara-perkara yang kita nak lihat bagaimana mekanismenya because so far memang kita tidak ada perbincangan dengan projek Forest City,” tambahnya.-MalaysiaGazette