NEW YORK – Harga minyak jatuh berikutan sesetengah pelabur mengambil untung pada kenaikan baru-baru ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.26 sen kepada AS$75.95 setong. Penanda aras minyak global itu mencecah AS$76.97 pada awal sesi, tertinggi sejak 11 Julai lalu.

Kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh kepada AS$68.53 setong.

Minggu lalu, Brent merekodkan keuntungan sebanyak 5.6 peratus dan WTI meningkat 4.3 peratus.

“Pasaran sedang mengalami pembetulan,” kata Phillip Streible, dari RJO Futures. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast