Model-model keluaran Perodua foto AFFAN FAUZI, 19 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR- Harga kenderaan Perodua dijangka lebih murah sebanyak satu hingga tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September lalu.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin, harga tersebut adalah perbandingan dengan harga semasa era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

“Berdasarkan struktur baharu cukai, hampir kesemua model Perodua menyaksikan penurunan harga berbanding ketika GST dilaksanakan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali 3.3 juta pelanggan kami yang telah memilih Perodua.

“Kami akan terus menawarkan nilai yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast