NEW DELHI – Polis di selatan India di Hyderabad sedang menyiasat kecurian bekas makanan yang diperbuat daripada emas, berlian yang dimiliki oleh bekas keluarga diraja.
Selain bekas itu, cawan yang diperbuat dengan batu rubi dan emas serta piring dan sudu turut hilang.
Kesemua barang yang dicuri itu seberat tiga kilogram dan bernilai AS$7 juta.
Barang-barang tersebut adalah milik Mir Osman Ali Khan, raja terakhir Hyderabad yang pernah menjadi individu paling kaya di dunia.
Kecurian itu disedari pada pagi Isnin apabila barang-barang berkenaan tidak berada di tempatnya dalam istana yang kini menjadi muzium.
Polis memberitahu, pencuri berkenaan telah merosakkan kamera litar tertutup.
Kecurian itu disyaki berlaku pada malam sebelumnya dan membabitkan lebih daripada seorang suspek.
Menurut polis, pintu kaca kabinet yang menempatkan barang-barangan tersebut tidak dikunci bagi mengelakkan almari tersebut rosak. – MalaysiaGazette