"Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?" - Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjawab ringkas dakwaan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard kononnya beliau akan menyertai kerajaan Pakatan Harapan.

Di laman Twitter, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata: “Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?”

Beliau merujuk kepada berita yang disiarkan portal ini memetik kenyataan Pengasas  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu di laman Facebook yang secara terang-terangan memetik nama Khairy kononnya sedang menyiapkan tempat di dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“Cekap pemainan Khairy Jamaluddin. Provoke untuk dipecat sambil siapkan tempat landing dalam parti kerajaan,” kata Chegubard sambil menyebut nama Ahli Parlimen Rembau itu  secara jelas. – MalaysiaGazette

Chegubard dakwa KJ bakal sertai parti kerajaan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast