Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyertai sebuah parti kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu entri Facebook miliknya hari ini, Badrul Hisham atau dikenali Chegubard mendakwa Khairy mula menyiapkan tempat untuk diduduki dalam kerajaan.

“Cekap pemainan Khairy Jamaluddin. Provoke untuk dipecat sambil siapkan tempat landing dalam parti kerajaan,” katanya sambil menyebut nama Ahli Parlimen Rembau itu  secara jelas.

Status Facebook Chegubard
Status Facebook Chegubard

Namun hasil carian di Facebook mendapati akauan @Khairy Jamaluddin itu sudah tidak digunakan oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Status terakhir beliau adalah pada Februari tahun lalu dan ia turut mendapat perhatian netizen.

Antaranya @Azizul Shah Abdul Rahman yang berkata KJ sudah kehilangan aura setelah kalah dalam pemilihan UMNO untuk jawatan presiden.

“Yg ni mmg betul. Aku sokong Badrul Hisham Shaharin… statement ni nampak tepat. KJ pun tenat dah tu… lawan Presiden UMNO kalah, dah tu nganga ja la,” katanya.

Malah ada juga netizen yang memberikan komen bahawa KJ akan bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

“Tak mungkin Badrul Hisham Shaharin….dia akan tubuh parti baru,” kata Zaini Zaz. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.