UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.
UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.

SHAH ALAM – UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kalau pandangan itu mewakili parti, ia mesti diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO atau sekurang-kurangnya dalam mesyuarat pengurusan parti.

“Kenyataan Khairy (Jamaluddin) itu pandangan peribadi. Sebab kalau pandangan parti, mesti diputuskan oleh mesyuart MT. Sekurang-kurangnya mesyuarat pengurusan UMNO.

“Jadi, sesiapa yang beri pandangan selain keputusan MT dan juga pengurusan UMNO, itu adalah pandangan peribadi,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Selangor di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Isnin lalu dilaporkan tidak bersetuju dengan hukuman sebat syariah yang dilaksanakan kerajaan Pas Terengganu ke atas pasangan wanita berusia 32 dan 22 tahun di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah itu berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast