KUALA LUMPUR – Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup
sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya pada Ahad, 16 September 2018 bermula jam 3 pagi sehingga 2 petang bagi memberi ruang kepada penganjuran GCE Duathlon 2018.
Oleh yang demikian pengguna Lebuhraya GCE dinasihati untuk merancang masa dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan berlangsung bagi memudahkan perjalanan.
Pengendali lebuh raya akan menyediakan penunjuk arah bagi
pemberitahuan laluan alternatif di sepanjang Lebuhraya GCE.
Bagi memastikan kelancaran acara dan laluan trafik, pasukan keselamatan khas akan ditempatkan di beberapa kawasan utama.
Orang ramai diminta memberi kerjasama agar mematuhi arahan dan panduan keselamatan sepanjang penutupan tersebut. – MalaysiaGazette