Kerosakan yang berlaku di Pulau Hokaido selepas kejadian gempa bumi. foto Agensi

TOKYO – Bekalan elektrik telah dipulihkan kepada kira-kira 1.31 juta daripada 2.95 juta pelanggan di Hokkaido selepas bekalan terganggu susulan gempa bumi melanda pulau itu baru-baru ini.

Pertubuhan bagi Penyeras Pengendali Transmisi Serantau (OCCTO) Pertubuhan Penyelaras Transisi Serantau Jepun (OCCTO) berkata, ia mengarahkan Tohoku Electric dan Tokyo Electric Power untuk membekalkan sejumlah 300 megawatt bantuan kepada Hokkaido Electric.

Hokkaido Electric telah memulakan semula dua unit kilang arang batu di Sunagawa, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan.

Hokkaido Electric memperoleh 1.54-GW bekalan kuasa, atau kira-kira 41 peratus permintaan tenaga puncak pada hari Rabu sebelum gangguan berlaku.

Gempa bumi kuat dengan 6.7 magnitud telah melumpuhkan Pulau Hokaido pada Khamis lalu.

Bencana alam itu telah mengorbankan tujuh mangsa. Angka itu dijangka bertambah memandangkan pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh.

Seramai 33 orang dilaporkan hilang manakala 300 lagi cedera dalam kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast