Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma berucap pada pelancaran Fasa 1 Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2017

BEIJING – Bilionair China, Jack Ma berkata, beliau mahu mati di pantai dan bukannya di dalam pejabat.

Ma telah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Holding untuk memberi peluang kepada generasi muda.

Alibaba telah melantik Daniel Zhang sebagai pengganti Ma dalam pelan pengambilan alih selama 12 bulan.

Dalam surat kepada pekerja-pekerjany, Ma berkata, beliau melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya kerana menjalani kehidupan yang sibuk.

Lantaran itu, beliau mahu menjadi tenaga pengajar semula.

Menurut Ma, beliau sudah berulang kali bercakap tentang jadualnya yang padat sejak bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba (CEO) dan menjadi Pengerusi Eksekutif.

Selepas bersara sebagai CEO, beliau sepatutnya mempunyai lebih banyak masa bermain golf di tepi pantai.

Tetapi beliau telah menghabiskan 870 jam di udara tahun lalu dan 1,000 jam pada tahun ini.

“Saya tidak mahu mati di dalam pejabat. Saya mahu mati di pantai,” katanya.

Walaupun Alibaba yang berkembang menjadi salah satu syarikat yang paling berharga di dunia, menyertai Apple, Microsoft dan Amazon, Ma mengakui kesilapan terbesarnya adalah mewujudkan Alibaba.

Disebabkan itu, beliau mengalami tekanan dan memikul tanggungjawab besar untuk mengendalikan firma yang bernilai AS$420 juta dengan 86,000 pekerja. – MalaysiaGazette