KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan kerjasamanya, Aramco sedang mencari komitmen daripada bank-bank untuk pinjaman berjumlah AS$9.7 bilion untuk membiayai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) di Johor.

Pembiayaan itu bagi tempoh 15 tahun.

Menurut Reuters yang memetik laporan LPC, beberapa bank telah memberi maklum balas bagi permintaan awal bagi cadangan itu dan diminta memberi maklum balas pada akhir minggu ini untuk disemak semula cadangan tersebut.

Pinjaman baharu itu membabitkan tiga peringkat iaitu kemudahan kredit eksport (ECA) dan ECA dilindungi dan kertas komersial tidak dilindungi bernilai AS$3.08 bilion.

“Dijangka ia membabitkan ECA dari Jepun, Korea Selatan dan Eropah,” menurut Reuters.

“Tempoh pra-penyelesaian dijangka dua tahun, yang mana jaminan itu diberikan oleh Petronas dan Aramco dan harga keseluruhannya mungkin sekitar 80 mata asas berbanding Kadar Tawaran Antara Bank London.”

Selepas projek selesai, jaminan akan turun dan harga akan meningkat kepada sekitar 150 mata

Pinjaman itu menarik 19 buah bank.

Operasi penapisan akan bermula pada 2019, dengan operasi petrokimia akan bermula enam hingga 12 bulan kemudian.

Petronas dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan Arab Saudi, mempunyai kepentingan yang sama di kompleks yang bernilai AS$27 bilion di Kompleks Pengerang Bersepadu (PIC) di Johor. – MalaysiaGazette